Selasa, 4 September 2012

PEMAKLUMAN: MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI anjuran Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2,Saujana Impian, Kajang akan diadakan 9 September 2012/22 Syawal 1433(Ahad), jam 8.00- 10.30 malam di pekarangan Jalan Impian Murni 2/1. Para penduduk dijemput hadir.

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 Saujana Impian buat kali pertamanya telah menganjurkan Majlis Gotong - Royong Memasak Bubur Lambuk pada 12 Ogos 2012 (Ahad) di Jalan Impian Murni 2/1, Saujana Impian, Kajang. Pihak persatuan juga akan mengedarkan dua jenis kerepek seberat 250 gram setiap bungkus kepada setiap keluarga pada tarikh tersebut. Tuan/puan dijemput datang mengambil bubur lambuk dan kerepek tersebut untuk memudahkan pengagihan. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Persiapan penyediaan bahan masakan/pembungkusan kerepek, memasak,membungkus dan mengagihkan bubur lambuk dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk yang berkelapangan. Semoga usaha ini akan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk.
Kredit kepada MIKE HAFEEZ dan SHAZ EIFA atas penyiaran gambar yang diambil daripada FB mereka.

PENYERTAAN PPJIM2 DALAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HULU LANGAT

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Hulu Lanagt telah diadakan pada 11 Februari 2012. Acara bermula dengan perarakan kontinjen yang mewakili jabatan, organisasi serta komuniti penduduk di daerah Hulu Langat. Semua kontinjen berkumpul di Masjid Jamik Kajang. Perarakan bermula jam 8.00 pagi dari Masjid Kajang dan melalui beberapa jalan sehinggalah berakhir di Stadium Kajang. Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2) telah diberikan kepercayaan untuk mewakili komuniti penduduk Zon 8, Majlis Perbandaran Kajang. Syabas kepada penduduk yang telah mewakili PPJIM2. Sesungguh penyertaan PPJIM2 dalam perarakan ini menunjukkan bahawa kerjasama erat antara penduduk dan komitmen PPJIM2 dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan diberikan pengiktirafan.
Kredit kepada ABOY FEBREGAS atas penyiaran gambar-gambar ini.

PASUKAN KOMPANG PPJIM2

Syabas. Persatuan kita kini telahpun mewujudkan pasukan kompang yang dianggotai oleh anak-anak remaja penduduk komuniti ini. Ketiadaan tempat latihan bukan penghalangnya. Latihan diadakan di taman rekreasi Jalan Impian Murni 2. Kompang-kompang tersebut merupakan sumbangan daripada YB Encik Lee Kim Sin, ADUN Kajang.
Kredit kepada SALMAN FARISI atas penyiaran gambar ini yang diambil dari akuan FBnya.

Mesyuarat Agung PPJIM2 Kali Kedua

Mesyuarat Agung PPJIM2 Kali Kedua telah diadakan pada 24 Mac 2012, 8.30 malam di pekarangan Jalan Impian Murni 2/1. Walaupun masih belum ada ada kemudahan balai raya atau balai komuniti di taman ini, Persatuan mengambil inisiatif menggunakan khemah bagi tujuan mesyuarat ini. Tiada pemilihan jawatankuasa dalam mesyuarat ini kerana pemilihan diadakan dua tahun sekali. Dalam mesyuarat ini,pelbagai hal yang berkaitan dengan aktiviti persatuan dan hal-hal kepentingan penduduk dibincangkan. Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 malam.

Isnin, 3 September 2012

GOTONG ROYONG 3K(KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)

Pada 24 Mac 2012 (Sabtu), bermula jam 7.30 pagi, satu aktiviti gotong-royong telah dilakukan oleh komuniti penduduk Jalan Impian Murni 2. Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2. Tepat jam 7.30 pagi, Encik Mohd Radzi bin Ahmad selaku Pengerusi PersatuanPenduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2)telah mengalu-alukan kedatangan penduduk-penduduk yang sudi hadir dan seterusnya menyampaikan maklumat berkenaan akitviti gotong-royong ini. Menurut beliau,gotong-royong ini diadakan dengan tujuan untuk menjadikan persekitaran kawasan perumahan di Jalan Impian Murni 2 lebih bersih dan ceria dan seterusnya dapat mengelakkan komuniti ini daripada dilanda oleh wabak penyakit seperti denggi. Ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak 2009 sehinggasekarang Sebelum aktiviti gotong-royong bermula, para penduduk menikmatis arapan yang dibawa oleh para penduduk sendiri. Ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Apa sahaja makanan yang dibawa dinikmati bersama dalam suasana penuh ceria. Inilah keistimewaan majlis sebegini, selain membersihkan kawasan, penduduk juga dapat beramah mesra dan saling mengenali antara sat udengan lain melalui aktiviti yang diadakan. Aktiviti membersihkan taman ini meluputi JalanImpian Murni 2, Jalan 2/2, Jalan 2/3 dan Jalan 2/4. Aspek utama yang telah ditumpukan ialah kebersihan longkang. Longkang yang tersumbat dengan sampah sarap telah dikeluarkan supaya aliran air bergerak denganlebih lancar di samping mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes dan lain-lain. Dahan pokok telah dicantas supaya tidak menghalang kenderaan yang lalu lalang di sepanjang jalan. Dua buah tong sampah yang besar telah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang untuk menyenangkan penduduk membuang sampah untuk tujuan aktiviti ini. Terima kasih juga kepada Ahli Majlis Perbandaran KajangZon 8, Encik Zulfikar Ali Ariffin yang memberikan sumbangan kewangan bagi menjayakan majlis gotong-royong ini. Tidak dilupakan kepada semua AJK, penyumbang, penduduk dan mereka yang telah menjayakan aktiviti ini. Disediakan oleh: NUZUL SHAZRIN ZULNAIDI Exco Kebajikan, PPIJM2 Gambar kredit untuk MAKSU NAD DAN PAKSU ZAM