Isnin, 17 Januari 2011

PEMAKLUMAN AWAL: MESYUARAT AGUNG

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 Saujana Impian Kajang Selangor Kali Pertama (setelah terdaftar secara rasmi) akan diadakan pada 13 Februari 2011 (Ahad), jam 8.30 malam di Jalan Impian Murni 2/1. Sehubungan dengan itu, tuan/puan ahli persatuan sekalian diundang menghadiri mesyuarat ini. Surat undangan mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli, selewat-lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat berlangsung. 

~ Setiausaha

Selasa, 11 Januari 2011

BORANG KEAHLIAN

PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2 SAUJANA IMPIAN  KAJANG, SELANGOR (2734-10-SEL)
No. 8, Jalan Impian Murni 2/2, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

BORANG MAKLUMAT AHLI
Sila isi  borang ini untuk rekod persatuan dan kembalikan kepada ketua blok atau ketua lorong masing-masing
Sila tandakan:  Kemas kini maklumat/Permohonan ahli baharu
A.      MAKLUMAT DIRI
Nama penuh:__________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan : _______________________Tarikh Lahir : ________________Umur :___________
Tempat lahir: __________________________Status:__________________Keturunan:_______________
Pendidikan Tertinggi :__________________________________Hobi: _____________________________
Status kesihatan (nyatakan) :_____________________________________________________________
Alamat rumah : ________________________________________________________________________
Alamat kampung :______________________________________________________________________
Status kediaman : Sendiri/Sewa                                Tarikh Mula Menghuni :________________________________
Pekerjaan :____________________________________________________________________________
Nama Majikan:_________________________________________________________________________
Alamat majikan :_______________________________________________________________________
No. Telefon :______________(R)_____________________(P)________________________(H/P)
E-mel:_______________________

B.          MAKLUMAT AHLI KELUARGA

Bil.
Nama
Hubungan
Umur
Pekerjaan/Sekolah
1




2.




3.




4.




5.




6.




7.




8.










Saudara mara untuk dihubungi (jika berlaku kecemasan)
1. Nama: ___________________________________No. Telefon:______________       Hubungan:______________
2. Nama:___________________________________No. Telefon :______________       Hubungan:______________
3. Nama:___________________________________No. Telefon :______________       Hubungan:______________

C.       MAKLUMAT KENDERAAN
No. pendaftaran kereta/jenis :                                          No. pendaftaran motosikal/jenis:
1.__________________________________                             1.____________________________________
2___________________________________                            2.____________________________________

D.      PENGAKUAN

Saya akui bahawa maklumat yang diberikan ini adalah benar  dan terkini.


………………………………………………………                         Tarikh: __________________
(                                                               )


E.               PENCADANG
……………………………………………………                       Tarikh: __________________
(                                                            )
  
                  
F.                PENYOKONG

………………………………………………                             Tarikh: __________________
(                                                       )


UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2 SAUJANA IMPIAN KAJANG, SELANGOR


UNDANG-UNDANG
PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2 SAUJANA IMPIAN KAJANG, SELANGOR


FASAL 1   NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama 
PERSATUAN PENDUDUK  JALAN IMPIAN MURNI 2 SAUJANA IMPIAN KAJANG, SELANGOR.
(Selepas ini disebut sebagai Pertubuhan).

FASAL 2   TEMPAT URUSAN

Alamat tempat urusan pertubuhan ialah No. 8, Jalan Impian Murni 2/2, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah No. 8, Jalan Impian Murni 2/2, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3   BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

(a)  Lambang Persatuan adalah seperti yang berikut:


(b)   Keterangan lambang:

i.         Warna merah dan kuning melambangkan kedudukan lokasi komuniti ini yang berada di negeri Selangor Darul Ehsan. Warna ini diambil bersempena warna bendera negeri Selangor Darul Ehsan.

ii.   Lakaran rumah yang mengandungi nama komuniti ini dan lakaran manusia melambangkan kesatuan hidup penduduknya yang mengamalkan sikap bersatu-padu, bekerjasama dan hidup hormani.

iii.  Figura orang (lelaki dewasa, wanita dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan melambangkan nilai kekeluargaan bagi penduduk yang tinggal di komuniti ini.

iv.  No 2 bermaksud Jalan  Impian Murni 2, Saujana Impian Kajang, Selangor yang bertujuan untuk membezakan Pertubuhan ini dengan Pertubuhan lain yang memiliki nama yang hampir sama.

FASAL 4   TUJUAN/MATLAMAT

1.      Merancang dan menjalankan aktiviti penduduk bagi meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk, tidak mengira peringkat umur, bangsa dan agama bagi melahirkan komuniti yang bersatu-padu, berbudi dan penyayang berlandaskan prinsip saling menghormati dan bekerjasama.

2.      Menjaga kebajikan, kepentingan dan hak-hak penduduk agar dapat tinggal dengan aman, tenteram, selesa dan harmoni.

3.      Memastikan keselamatan penduduk komuniti ini berada pada tahap yang tertinggi.

4.      Menjadi penghubung antara ahli-ahli dengan pihak kerajaan dan swasta dalam menyelesaikan masalaah berbangkit.

FASAL 5   KEAHLIAN

1.      Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas yang penduduk yang tinggal di rumah teres dua tingkat di Jalan Impian Murni  2, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

2.      Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3.      Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

4.      Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 6   BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

1.      Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :                                                                         
a.         Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM 5.00 (Lima Ringgit Malaysia sahaja) sebulan.

2.      Yuran hendaklah dijelaskan kepada bendahari dalam tempoh  5 hari dari awal tiap-tiap bulan.

3.      Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

4.      Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

5.      Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

6.      Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

FASAL 7   PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1.      Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah   memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2.      Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 8   MESYUARAT AGUNG

1.      Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2.      Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetatapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

3.      Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

(a)        menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun lalu;
(b)        menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(c)         memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun akan datang; dan
(d)        menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4.      Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tujuh hari (7) sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

5.      Mesyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a.             bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau

b.            atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang
daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

6.      Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7.      Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8.      Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9.      Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 9   JAWATANKUASA

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai-pegawai  Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan setiap dua tahun sekali:

 i.   Seorang Pengerusi
                                                                         ii.      Seorang Timbalan Pengerusi
                                                                       iii.      Seorang Setiausaha
                                                                       iv.      Seorang Penolong Setiausaha
                                                                         v.      Seorang Bendahari
                                                                       vi.      Seorang Penolong Bendahari
                                                                     vii.      Lima orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2.  Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang  
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

3.      Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap dua tahun sekali.

4.      Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mensyuarat agung  dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

5.      Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi  dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

6.      Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

b.            Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
c.             Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
d.            Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

7.      Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat.

8.      Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

9.      Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10.  Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

    1.     Pengerusi, dalam tempoh memegang jawatannya, hendaklah mempengerusikan  semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

2.     Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi dan menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

3.     Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi  dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftra Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

4.     Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-
            kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

5.     Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi  dan Setiausaha.

6.     Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja dan memangku jawatan semasa ketiadaan Bendahari.

7.     Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam  menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.



FASAL 11 KEWANGAN

1.   Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

2.     Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM  
  500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ringgit sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

3.   Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangan bersama Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi , Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

4.   Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Ringgit Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Ringgit Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Ringgit Sahaja bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi  bersama Setiausaha dan Bendahari.

5.     Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira
  bagi setahun hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

6.   Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1)        Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

(2)        Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 13 PEMEGANG AMANAH

(1)        Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan dimanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2)        Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.

(3)        Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung. 

FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1)        Di antara berlansungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang.

(2)        Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG

                  Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 16 LARANGAN

(1)        Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib termasuklah perjudian secara dalam talian;

(2)        Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;

(3)        Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
(4)        “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18 PEMBUBARAN

(1)        Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

(2)        Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

(3)        Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.