Selasa, 16 November 2010

SALAM EIDHUL ADHA

Assalamualaikum. Semoga pengorbanan setiap daripada kita diterima Allah SWT dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.. "Hambamu telah datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah. Hambamu telah datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Nya"

Sabtu, 6 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Selamat menyambut Hari Deepavali diucapkan kepada penduduk komuniti ini yang beragama Hindu. Semoga terus ceria dan bergembira.

Selasa, 2 November 2010

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN






















Alhamdulillah, Majlis Ramah Mesra Penduduk dan Penyampaian Sijil Pendaftran Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 Saujana Impian telah diadakan dengan jayanya pada 16 Oktober 2010. Tetamu kenamaan yang hadir dalam majlis ini ialah ADUN Kajang, YB Encik Lee Kim Sin dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Zon 7, Encik Zulfikar Ali.













Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus lumus memastikan   kejayaan majlis ini. Terima kasih juga kepada para penduduk yang sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis ini.

HARI KELUARGA PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2 SAUJANA IMPIAN KAJANG

PEMAKLUMAN AWAL

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Hari Keluarga  anjuran PPJIM2 akan diadakan pada 5 Disember 2010 (Ahad) di Padang Rekreasi Jalan Impian Murni 2, bermula jam 8.00 pagi.  Maklumat lanjut berhubung aktiviti ini akan disiarkan dalam blog ini dalam masa terdekat.