Khamis, 3 Mac 2011

TABUNG PEMBINAAN SURAU RAUDATUL FIRDAUS, IMPIAN MURNI, SAUJANA IMPIAN, KAJANG, SELANGOR.

Jawatankuasa Pembinaan Surau Raudatul Firdaus, Taman Impian, Murni, Saujana Impian, Kajang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Selangor bagi tujuan pembinaan surau Raudatul Firdaus di Lot 15972, Taman Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor. Kos pembinaan surau yang akan dibangunkan ialah sebanyak RM 600,00.00 dengan dilengkapi kemudahan ruang solat, bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah dan pejabat.

Sehubungan dengan itu, sumbangan daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi menampung kos pembinaan surau tersebut. Sumbangan boleh dilakukan dengan kaedah yang berikut:

1. Sumbangan secara tunai melalui serahan tangan. Sila hubungi:
i. Tuan Haji Bakhrojin Majid, Pengerusi JK Pembinaan Surau (012-2013050)
ii. Ustaz Hussain Abd Wahab, Setiausaha JK Pembinaan Surau (019-3348716)
iii.Encik Yusni Abd. Rahim, Bendahari JK Pembinaan Surau (016-2485785)

2. Sumbangan tunai melalui deposit tunai ke akaun TABUNG PEMBINAAN SURAU RAUDATUL FIRDAUS (NO. AKAUN BANK ISLAM: 12092010032681).

3. Sumbangan melalui cek boleh dibuat atas nama TABUNG PEMBINAAN SURAU RAUDATUL FIRDAUS.

Sila poskan slip bank atau cetakan perbankan internet kepada jawatankuasa di alamt : No. 120,Jalan Impian Murni 1/6, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor untuk tujuan pengeluaran resit rasmi.

FIRMAN ALLAH:

"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang shaleh? '. " (Al-Munafiqun (63): 10)

HADIS:

"Orang yang pemurah itu dekat dari Allah, dekat dari manusia, dekat dari surga dan jauh dari neraka. Adapun orang yang kikir, maka jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari surga dan dekat kepada neraka (siksaan Allah). " (H.R. Tirmidzi dan Baihaqi)