Semua warga penduduk di Jalan Impian Murni 2, Saujana Impian Kajang adalah dialu-alukan untuk menyertai blog ini untuk menyuarakan pendapat. * PERHATIAN: Persatuan Penduduk tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui blog ini. Ia hanya pandangan peribadi penulis sendiri dan tidak menggambarkan pendirian Persatuan Penduduk Impian Murni 2. Segala risiko akibat komen akan menjadi tanggungjawab penulis sendiri. Admin berhak memadam komen yang tidak bertanggungjawab.
Selasa, 4 September 2012
MAJLIS GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 Saujana Impian buat kali pertamanya telah menganjurkan Majlis Gotong - Royong Memasak Bubur Lambuk pada 12 Ogos 2012 (Ahad) di Jalan Impian Murni 2/1, Saujana Impian, Kajang. Pihak persatuan juga akan mengedarkan dua jenis kerepek seberat 250 gram setiap bungkus kepada setiap keluarga pada tarikh tersebut. Tuan/puan dijemput datang mengambil bubur lambuk dan kerepek tersebut untuk memudahkan pengagihan. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Persiapan penyediaan bahan masakan/pembungkusan kerepek, memasak,membungkus dan mengagihkan bubur lambuk dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk yang berkelapangan. Semoga usaha ini akan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk.
Kredit kepada MIKE HAFEEZ dan SHAZ EIFA atas penyiaran gambar yang diambil daripada FB mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan