Semua warga penduduk di Jalan Impian Murni 2, Saujana Impian Kajang adalah dialu-alukan untuk menyertai blog ini untuk menyuarakan pendapat. * PERHATIAN: Persatuan Penduduk tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui blog ini. Ia hanya pandangan peribadi penulis sendiri dan tidak menggambarkan pendirian Persatuan Penduduk Impian Murni 2. Segala risiko akibat komen akan menjadi tanggungjawab penulis sendiri. Admin berhak memadam komen yang tidak bertanggungjawab.
Isnin, 3 September 2012
GOTONG ROYONG 3K(KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)
Pada 24 Mac 2012 (Sabtu), bermula jam 7.30 pagi, satu aktiviti gotong-royong telah dilakukan oleh komuniti penduduk Jalan Impian Murni 2. Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2.
Tepat jam 7.30 pagi, Encik Mohd Radzi bin Ahmad selaku Pengerusi PersatuanPenduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2)telah mengalu-alukan kedatangan penduduk-penduduk yang sudi hadir dan seterusnya menyampaikan maklumat berkenaan akitviti gotong-royong ini. Menurut beliau,gotong-royong ini diadakan dengan tujuan untuk menjadikan persekitaran kawasan perumahan di Jalan Impian Murni 2 lebih bersih dan ceria dan seterusnya dapat mengelakkan komuniti ini daripada dilanda oleh wabak penyakit seperti denggi. Ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak 2009 sehinggasekarang
Sebelum aktiviti gotong-royong bermula, para penduduk menikmatis arapan yang dibawa oleh para penduduk sendiri. Ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Apa sahaja makanan yang dibawa dinikmati bersama dalam suasana penuh ceria. Inilah keistimewaan majlis sebegini, selain membersihkan kawasan, penduduk juga dapat beramah mesra dan saling mengenali antara sat udengan lain melalui aktiviti yang diadakan.
Aktiviti membersihkan taman ini meluputi JalanImpian Murni 2, Jalan 2/2, Jalan 2/3 dan Jalan 2/4. Aspek utama yang telah ditumpukan ialah kebersihan longkang. Longkang yang tersumbat dengan sampah sarap telah dikeluarkan supaya aliran air bergerak denganlebih lancar di samping mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes dan lain-lain. Dahan pokok telah dicantas supaya tidak menghalang kenderaan yang lalu lalang di sepanjang jalan. Dua buah tong sampah yang besar telah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang untuk menyenangkan penduduk membuang sampah untuk tujuan aktiviti ini.
Terima kasih juga kepada Ahli Majlis Perbandaran KajangZon 8, Encik Zulfikar Ali Ariffin yang memberikan sumbangan kewangan bagi menjayakan majlis gotong-royong ini. Tidak dilupakan kepada semua AJK, penyumbang, penduduk dan mereka yang telah menjayakan aktiviti ini.
Disediakan oleh:
NUZUL SHAZRIN ZULNAIDI
Exco Kebajikan, PPIJM2
Gambar kredit untuk MAKSU NAD DAN PAKSU ZAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan