Ahad, 14 April 2013

GOTONG-ROYONG PPJIM 2


Pada 14 April 2013 (Ahad), bermula jam 7.30 pagi, satu aktiviti gotong-royong telah dilakukan oleh komuniti penduduk Jalan ImpianMurni 2. Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2, khususnya Biro Kebajikan, Pendidikan dan Komuniti Masyarakat

Tepat jam 7.30 pagi, Encik Mohd Radzi bin Ahmad selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2) telah mengalu-alukan kedatangan penduduk-penduduk yang sudi hadir dan seterusnya menyampaikan maklumat berkenaan akitviti gotong-royong ini. 




Menurut pengerusi persatuan,gotong-royong ini diadakan dengan tujuan untuk menjadikan persekitaran kawasan perumahan di Jalan ImpianMurni 2 lebih bersih dan ceria dan seterusnya dapat mengelakkan komuniti ini daripada dilanda oleh wabak penyakit seperti denggi. Ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakansejak 2009 sehinggalah sekarang.


Gotong-royong ini mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan juga Balai Bomba dan Penyelamat Kajang.  Para penduduk juga telah diberi taklimat keselamatan yang amat berguna tentang bahayanya api kebakaran yang tidak disedari puncanya.


Sebelum itu para penduduk yang hadir diberi topi percuma sebagai kenang-kenangan daripada pihak persatuan.




Dalam majlis ringkas ini, diselitkan juga sesi untuk menghargai ahli-ahli yang mendapat anak, kemasukan wad, kecemerlangan peperiksaan dan lain-lain lagi .




Taklimat mengenai denggi telah disampaikan oleh wakil daripada  Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.






Aktiviti membersihkan taman ini meliputi Jalan Impian Murni 2, Jalan 2/2, Jalan 2/3 dan Jalan 2/4. Aspek utama yang telah ditumpukan ialah kebersihan longkang. Longkang yang tersumbat dengan sampah sarap telah dikeluarkan supaya aliran air bergerak dengan lebih lancar di samping mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes dan lain-lain. 





Dua buah tong sampah yang besar telah disediakan oleh pihak MajlisPerbandaran Kajang untuk menyenangkan penduduk membuang sampah untuk tujuan aktiviti ini.






Dahan pokok telah dicantas supaya tidak menghalang kenderaan yang lalu lalang di sepanjang jalan.





Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan aktiviti tahunan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan