Semua warga penduduk di Jalan Impian Murni 2, Saujana Impian Kajang adalah dialu-alukan untuk menyertai blog ini untuk menyuarakan pendapat. * PERHATIAN: Persatuan Penduduk tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui blog ini. Ia hanya pandangan peribadi penulis sendiri dan tidak menggambarkan pendirian Persatuan Penduduk Impian Murni 2. Segala risiko akibat komen akan menjadi tanggungjawab penulis sendiri. Admin berhak memadam komen yang tidak bertanggungjawab.
Ahad, 9 Januari 2011
HARI KELUARGA 2010
Hari Keluarga anjuran Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 Saujana Impian, Kajang telah diadakan pada 5 Disember 2010 yang lalu, di padang rekreasi Jalan Impian Murni 2, Saujana Impian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, sukaneka yang melibatkan semua peringkat umur dan cabutan bertuah.
PPJIM2 mengucapakan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini, sama ada sebagai peserta, urus setia mahupun penyumbang. Semoga program ini mampu dijadikan sebagai paltform untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk komuniti ini.
Selasa, 16 November 2010
SALAM EIDHUL ADHA
Assalamualaikum. Semoga pengorbanan setiap daripada kita diterima Allah SWT dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.. "Hambamu telah datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah. Hambamu telah datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Nya"
Sabtu, 6 November 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
Selamat menyambut Hari Deepavali diucapkan kepada penduduk komuniti ini yang beragama Hindu. Semoga terus ceria dan bergembira.
Selasa, 2 November 2010
MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN
Alhamdulillah, Majlis Ramah Mesra Penduduk dan Penyampaian Sijil Pendaftran Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 Saujana Impian telah diadakan dengan jayanya pada 16 Oktober 2010. Tetamu kenamaan yang hadir dalam majlis ini ialah ADUN Kajang, YB Encik Lee Kim Sin dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Zon 7, Encik Zulfikar Ali.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan majlis ini. Terima kasih juga kepada para penduduk yang sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis ini.
HARI KELUARGA PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2 SAUJANA IMPIAN KAJANG
PEMAKLUMAN AWAL
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Hari Keluarga anjuran PPJIM2 akan diadakan pada 5 Disember 2010 (Ahad) di Padang Rekreasi Jalan Impian Murni 2, bermula jam 8.00 pagi. Maklumat lanjut berhubung aktiviti ini akan disiarkan dalam blog ini dalam masa terdekat.
Selasa, 19 Oktober 2010
NAMA RASMI PERSATUAN INI
Untuk makluman tuan/puan sekalian, nama rasmi persatuan ini yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan ialah PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2 SAUJANA IMPIAN KAJANG, SELANGOR.
Majlis Penyampaian Sijil Pertubuhan yang diluluskan pendaftarannya bermula Januari hingga Oktober 2010 oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia cawangan Selangor telah diadakan pada 11 Oktober 2010 di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor. Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 Saujana Impian Kajang, Selangor telah diwakili oleh Setiausaha, saudara Shahrun Nizal Mohd Nor untuk menerima sijil daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Dato' Lee Chee Leong.
Jumaat, 24 September 2010
KESELAMATAN
Bersama-samalah kita menjaga keselamatan diri dan keluarga. Pastikan tahap keselamatan rumah kita berada pada tahap tertinggi bagi mengelakkan sebarang musibah, sama ada kecurian, kebakaran dan sebagainya.
Keprihatinan kita terhadap jiran tetangga juga penting bagi memastikan keselamatan komuniti terjamin. Secara tidak langsung persefahaman dan hubungan yang murni akan terjalin.
KEBAJIKAN AHLI
Mesyuarat JK PPIM2 pada 2 April yang lalu telah bersetuju untuk memberikan hamper kepada ahli dengan nilai tertentu seperti berikut:
· Perkahwinan ahli–RM 100.00.
· Kelahiran anak ahli–RM 50.00
· Ahli yang sakit –RM 30.00
· Pelajar cemerlang (Anak ahli) –
UPSR 5A – RM 50.00
PMR 6A – RM 60.00
SPM 6A - RM 60.00
· Ahli yang menyambut Deepavali/Tahun Baru Cina- RM 100.00
· Kes musibah: wang tunai antara RM 50.00- RM 200.00 (tertakluk pada kes)
Sila hubungi Ketua Biro Kebajikan, Cikgu Badrul Hisyam Ibrahim (012-9774858) untuk maklumat lanjut:
SELAMAT MAJU JAYA
Bulan ini, anak-anak kita yang belajar di tahun enam menduduki peperiksaan UPSR. Marilah kita sama-sama berdoa agar mereka memperoleh keputusan yang cemerlang.
Khamis, 23 September 2010
SALAM AIDILFITRI
Jadikanlah Aidilfitri ini sebagai peluang untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita .
Hinggap punai di atas dahan,
Dahan ara di tepi muara;
Amalan terpuji kunjungi jiran,
Jangan menunggu rumah terbuka.
Dari hulu mudiknya sampan,
sampan membawa kain perca;
Bukan makanan jadi tujuan,
Jalinan kemesraan itu yang utama.
Rabu, 22 September 2010
Senarai Jawatankuasa PPIM2 sesi 2010/11
Pengerusi : En Mohd Radzi bin Ahmad - 013-6339875
Timbalan pengerusi : En Zakaria bin Amnan - 012-6251165
Setiausaha : En Shahrun Nizal bin Mohd Nor - 017-6573212
Timb Setiausaha : En Mohd Ali bin Daud -012-2170158
Bendahari : En Jeffri bin Jusoh - 012-6524941
Timb Bendahari : En Shahrul Izal bin Shaari -0176501871
Biro Sosial : En Badrul Hisham bin Ibrahim- 012-9774858
Timbalan : En Mohd Azli Jamil -012-9546472
Biro Agama : En Mohd Nizam bin Hashim -019-6249951/ 012-3499951
Timb : En Sofuan bin Ali- 012-3504629
Biro Sukan ; En Hadrul Akmar bin Ahmad -012-2615596
Timb ; En. Ramli bin Che Lah -019-2652998
Biro keselamatan : En Hafiz Hazaime bin Abd Manan -012-6516304
Timb : En K Rajendran -012-3687019Ketua Lorong : En Mohd Nur Hamdi bin Shamdin - 013-2997757
Lorong 2/2
Ketua Lorong : En Nuzul Shazrin Zunaidi -017-3565592
Blok 1 : En Mohd Azman bin Kassim -012-2807686
Blok 2 : En Kamarulzaman bin Mohamad -017-3439599
Blok 3 : En Mahazir bin Mahmud -012-2568132
Blok 4 : En Nurfaizalnain bin Tamin -017-6096742
Lorong 2/3
Ketua Lorong : En Hafizi bin Kamarudin -012-2287424
Blok 1 : En Mohd Nizam bin Hashim- 019-6429951
Blok 2 : En Mohd Helmi bin Kassim
Blok 3 : En Malizan bin Othman- 012-2093890
Blok 4 : En Mohd Kassim bin Fitri -019-3339922
Lorong 2/4
Ketua Lorong : En Yusni bin Mohd Yunus -019-3244300
Blok 1 : En Kamalrudin bin Dolim -013-6698916
Blok 2 : En Ahmad Sazali bin Mohd Yusof -012-9042009
Isnin, 20 September 2010
Langgan:
Catatan (Atom)



