Jumaat, 23 Mac 2012

KAUNTER KUTIPAN YURAN

Mulai 30 Mac 2012, yuran ahli dan yuran keselamatan boleh dibayar melalui kaunter kutipan yang dibuka pada setiap 30 hb hingga 2 hb setiap bulan. Ini bertujuan untuk memudahkan ahli membuat bayaran terus, tanpa menunggu kutipan dilakukan oleh wakil PPJIM2 di setiap blok. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bendahari, Encik Khairul Nizam Mohd Ayub (017-3955769).

MESYUARAT AGUNG PPJIM2 KALI KEDUA

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PPJIM2 Kali Kedua akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 24 Mac 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat : Khemah di Jalan Impian Murni 2/1

Semua ahli dimohon hadir.

GOTONG ROYONG 2012

Gotong royong akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi - 1.00 tengah hari

Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penduduk dimohon meluangkan masa untuk sama-sama terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Makanan akan disediakan secara potluck.